Kirabawah (Countdown) !

Thursday, November 12, 2009

SaNtai BaReNg Yuk!!


Assalamualaikum bro and sis!


Ini penerangan ringkas tentang SBY yang insya Allah akan diadakan pada Sabtu ni (14/11/2009).


Treasure Hunt di Kampus 2, Ukrida

Jam: 3.00 petang

BBQ di Court Tennis Jalan Way Seputih

Jam: 7 malam

Kehadiran: Angkatan 2009

Kenapa SBY?

SBY merupakan singkatan akronim bagi Santai Bareng Yuk, yang jika ubah dalam bahasa pasar kita, Jom Relax Sama2! Mungkin ada yang terlihat singkatan ni digunakan dalam program di Ukrida yang bermaksud Santai Bareng Yesus. Sebenarnya hal ni tiada apa-apa perlu dipersoalkan sebab SBY dah diadakan bagi tahun2 sebelum ni. SBY juga singkatan bagi nama pemimpin nomor satu Negara ni. Jadi kalau ada persamaan dalam penggunaan akronim, just take it easy.

Untuk Apa Benda Ni?

Seumpama tradisi program ini diadakan secara tahunan. Tujuannya supaya adik2 boleh kenal angkatan 2008 dan ke atas dan abang2 dan kakak2 juga boleh kenal anda semua. Mudah je konsepnya. Tapi sebalik tu, hal lain yang boleh dapat:

1. Melatih organisasi angkatan untuk bersatu menganjurkan program.

2. Membantu sekiranya ada masalah yang berlaku pada angkatan baru.

3. Kongsi ilmu dan pengalaman dalam proses pembelajaran.

Kenapa Buat Time Orang Busy?!

Haaa nak habaq tentang masa ni mudah je. Kami pernah lalui rasa macam sukar sangat nak join apa-apa program. Sebabnya alasan utama, nak study. Ok kita cuba selesaikan sama2. Dalam satu hari, berapa jam adik2 surf internet (facebook, friendster, youtube, etc) atau main game atau gayut tepon? Majoriti pastinya paling kurang 2 hingga 3 jam sehari. Jadi cuba kita amik dua jam tu darab 5 hari, dah jadi 10 jam kan? Kan dah banyak masa abis tu. Oleh itu, untuk minggu ni, kalau adik2 rasa nak study sangat2, gunakan masa yang membazir tu untuk study. Ok kan? Kalau takleh bagitau kat kami, insya Allah kami cuba tolong.


Tapi Kami Penat la..

Huhu. Kami minta maaf kalau siapa-siapa terasa penat. Kita penat sama-sama ea. Sebabnya kami perlu fikirkan macam mana nak sediakan makanan untuk 200 orang lebih, macamana nak bagi aktiviti haritu berjalan lancar dan semua orang hepi, sedangkan kami semua dalam minggu exam sekarang ni. Jadi kami cuba ringankan beban adik2 dengan hanya datang join program je. Tak perlu ke carefour cari bahan makanan, tak perlu angkat-angkat barang semua tu. Hanya datang dan join aktiviti. Tapi kalau nak tolong tu, silakan =)


Pengisian Program??

Ok, setakat ni kami cuba buat aktiviti riadah (sama ada sukaneka atau explore race) di Kampus 2 pada petang hari, dan pada malam pula, kita makan BBQ sama-sama di Lapangan Tennis, Way Seputih. Mungkin ada sedikit persembahan dan pemberian hadiah.


Ada Pertanyaan?

Jika ada pertanyaan boleh contact mereka2 ni.

1. Apai (0818 0708 5638)

2. Masliana (0898 8812 084)

No comments: