Kirabawah (Countdown) !

Tuesday, November 16, 2010

Jamuan Raya Iduladha 1431H UMSA


InsyaAllah UMSA akan mengadakan Jamuan Hari Raya Korban pada 17 November 2010 (hari raya pertama) di Masjid Nurul Hikmah, Tg Duren Selatan. Penglibatan adalah semua anak2 Malaysia di Ukrida.

Tujuan program tak lain tak bukan untuk mengeratkan ukhuah sesama kita disamping mengurangkan rasa hiba di hati kerana sekali lagi tidak dapat pulang beraya di kampung halaman.

Menu pada hari tersebut adalah seperti berikut:

Menu utama : Nasi A...yam
Menu sampingan :
setiap batch akan diberi peruntukkan sebanyak Rp200.000 untuk menyediakan juadah. perancangan juadah sampingan adalah:
1.puding
2.kek batik
3.mihun/bubur
4.kuih sagu
5.kuih-muih lain

Tentatif program lebih kurang seperti berikut:

6.30 pm : bersedia untuk solat isya' berjamaah
7.00 pm : takbiran aidul-adha
7.30 pm : mengambil tempat
8.00 pm : ucapan alu-aluan dari pihak umsa dan VIP yang diundang
8.30 pm : makan
9.00 pm : Forum "Pengalaman & Cabaran Koas" oleh senior yang telah koas
9.30 pm : Penyampaian anugerah pelajar cemerlang
9.45 pm : cabutan bertuah
11.00 pm: bersurai

semoga dengan aktiviti ini kita dapat mengeratkan lagi ukhuah sesama kita disamping menghayati erti sebenar pengorbanan seperti disalam sirah Nabi Ibrahim a.s. InsyaAllah

yuk, ramai2 meriahkan majlis.

SELAMAT HARI RAYA IDULADHA 1431 H!
MOHON MAAF JIKA ADA SALAH DAN SILAP DALAM UKHUWWAH =D