kawan2, teman seperjuangan kite, NADIAH, baru sahaja kehilangan adiknya 25 Februari yang lepas. marilah kita sama- sama sedekahkan Al-Fatihah untuk adik nadiah.
disebabkan ramai yg stress..termasuk saya si penulis..ni nk share ckit..nak forward melalui email xde sume email kan..kalo sudi bace sile kan..camne nak hilangkan stress..
pandang atas, depakan tangan n senyum =)
fikirkan sesuatu yg membahagiakan anda
akhiri dengan 'alhamdulillah'
Alhamdulillah...lega x skang? xlega ag? makin stres? haih.....
Okeh..jum menari plak..menari dengan hebat okeh!
Makin stress? aiyak..ape yg stres sgt ni?
Ye ar..Kenapa lah asyik fail nih? Penah dowh..fail je..tension2..tapi kan...
Firman Allah;
“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ."(Surah al- Ankabut, ayat 2-3)
Tapi dah banyak kali sangat..aku bukan men target A+ dowh..tapi yang dapat nyer F plak..haih..ape nak jadi..tapi kan..
Firman Allah;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”(Surah al-Baqarah, ayat 216)
Mane tau dapat F tu ada hikmah n kebaikan yg lebih besar..kan3?
Tapi berat sangat..korang xtau perasaan aku.aku je dpat rase...teruk dowh F..stiap kali ujian plak tu...haih..aku xtau ley tahan ke x..tapi kan...
Firman Allah;
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”(Surah al-Baqarah, ayat 286)
Memang frust giler2 ar weyh..sedih ar..(T_T)..tapi kan..
Firman Allah;
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."(Surah al-Imran, ayat 139)
Camne aku nk face sume ni..aku cam xbley je..tapi kan...
Firman Allah;
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”(Surah al-Baqarah ayat 45)
Boleh ke aku mengharap? Aku xtau dah aku nak harap kat sape ag..penat dowh..tlg weyh..aku nk harap kat sape ag..tapi kan...
Firman Allah;
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”(Surah at-Taubah, ayat 129)
Aku cam dah putus asa dah nk belajar medic..[luahan hati penulis]..huhu penat dowh..aku xtau dah nak study camne ag..xtido ke tido ke still rendah je marks aku..sedih dowh..tapi kan....
Firman Allah;
“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”(Surah Yusuf, ayat 87)
Tapi sampai bile weyh...
Firman Allah;
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguh nya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah, ayat 5-6)
Okeh..aku rase cam da ok ckit..alhamdulillah..kiter doa same2 eh..bia same2 berjaya..ok generasi 08?
semangat yg hebat pliz!
[still xsemangat sb xdpat balik]..huhu
okeh itu saje perkongsian tok hari ini..babai korang!
Blog ni masih lagi baru. Jadi kami nak minta setiap wakil rumah hantar email pada kami. Mudah untuk kami invite ada sebagai editor juga. Tapi sebelum tu, pastikan anda dah daftar di blogger.com dengan guna email tu. Jangan malu-malu. Boleh je letak email kat sini. Orait!
Ini adalah permulaan bagi blog angkatan 2008 student Malaysia di Ukrida. Kami ada berpuluh-puluh orang. Dari berpuluh-puluh orang, ada berbelas-belas blog. Jadi kami satukan. Itu saje. Ni hanya apa yang kami nak kongsi. Ada yang tipu ada yang betul. Yang penting, Kerjasama~!